Monday 30 December 2013

JPP OH JPP! PART 3..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

JPP OH JPP! Part 3 ni pula, ana teringin nak cerita kat korang aktiviti-aktiviti yg kami, team JPP ni dah buat sepanjang setahun bersama dalam team ni. Banyak sangat program yang kitorang da rangkakan bermula dari awal tahun lg. Alhamdulillah, kebanyakan program yg kitorg jalankan berjalan dengan lancar skali. Haa, kat bawah ni lah antara program yg kitorg team JPP ni dah laksanakan.. banyak sangat2 kan.. sampai kitorg pun xde masa untuk diri sendiri. actually, at the same time, kesibukan sebenarnya telah mengajar kita untuk lebih menghargai masa. Memang sejak jd JPP ni, semua assignment Homework pasti akan disiapkan awal2 lagi, sebab kita jadi sedar kalau xbuat dalam waktu terluang yg ada pasti xsiap punye esaimen tu. so, sesibuk mane pun kita, pandai2 lah bagi masa kan. 'TIME IS GOLDEN' right?? Lagi satu, the most important is, tanggungjawab kita pada Allah swt. sesibuk mana pun kita, jgn pernah kita abaikan tanggungjawab kita pada Allah swt. Al-Quran jgn ditinggalkan walaupun sesibuk mana pun kita. Solat juga. Pemimpin yg baik ialah pemimpin yg dekat dgn Allah, apabila dekat dgn Allah barulah dekat di hati orang yg dipimpin. betul x apa yg ana cakap ni? hehe.. pnjg lebar pula ceramahnye.. jom, kite seloka aktiviti - aktiviti JPP kami.. 

Berikut merupakan senarai program/aktiviti JPP:-

1) Majlis Watikah Pelantikan JPP
2) Fun With English
3) Hari Aktiviti JPP
4) Pelancaran Laman Web JPP
5) Konvokesyen PISMP ke 3
6) Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Jun 2013
7) Sambutan Hari Guru
8 ) Majlis Persaraan Pengarah
9) Kempen Hijab I`m In Love
10) JPP with Australian Delegations
11) JPP with Korean Students (program di UM, Melaka, Batu Caves)
12) Majlis Persaraan Timbalan Pengarah
13) Sambutan Kemerdekaan IPG KBA
14) Malam Gala JPP
15) Majlis Penutupan Minggu Integriti
16) Malam Merdeka Raya 2013
17) Mini karnival Keusahawanan
18) Lawatan Sambil Belajar ke Sabah
19) Minggu Kesenian Islam 2013
20) Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013
21) Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar 2013
22) JPP`s BBQ Nite
23) Konvokesyen November 2013
24) Gambar2 sambutan harijadi ahli JPP.

Watikah Pelantikan JPP IPGKBA bagi sesi 2013/2014.



Sambutan Hari Jadi adik beradik JPP; abg Syed Abdul Hakim :)





Hari Aktiviti bersama adik-beradik JPP.



Kem Birotatanegara JPP at Langkawi.

Malam Gala JPP bersama delegasi Korea.

Majlis Cukur Jambul Penasihat JPP IPGKBA, Datin Junainah.

Majlis berbuka puasa bersama Hep dan k.Zara (mantan pekerja HEP)
JPP IPG KBA bertugas sebagai AJK protokol semasa konvokesyen IPGM Mei 2013

Malam jamuan santai JPP untuk akhir tahun 2013.


JPP IPGKBA bertugas sebagai AJK Protokol pada Konvokesyen IPGKPM November 2013.


Sambutan Hari Jadi YDP JPP IPGKBA, Abg Asnawi Romly dekat Hotel Plaza, KL.

JPP IPG KBA semasa menjadi jemputan wakil semenanjung ke Kem Kepimpinan JPP Zon Sabah, di Kundasang.



Banyakkan program kitorang. walaupun sepanjang tahun kitorg busy, tp xpernah pun kitorg merungut. Itulah yg specialnye team JPP kitorg, tgh2 exam pun masih cbuk menggalas tugasan pemimpin.. inilah sebenarnya cabaran seorang pemimpin.
haa, yg ni ana quote dari kata-kata ketua pemimpin dalam team JPP kami, iaitu saudara Asnawi Romly.
Antara kata-kata beliau yg xkan pernah kami adk beradik JPP lupakan ialah, 


"Bertahun-tahun di dalam JPP, terlibat pula dengan pelbagai pengurusan lain, sememangnya yang paling menghalang adalah manusia berfikiran negatif. 1. Meletakkan masalah dihadapan bukannya peluang. 2. Tidak menepati waktu 3. Menganggap keputusan mesyuarat tidak penting 4. Tidak menghormati dan tidak mematuhi arahan pemimpin 5. Sentiasa beralasan dan mengelak kerja 6. Tidak boleh menerima teguran dengan terbuka 7. Suka menjaga hati individu tertentu daripada kredibiliti program 8. Diam bila ditanya pendapat, namun mengkritik di belakang. 9. Mendedahkan maklumat rahsia organisasi 10. Mengutamakan hal peribadi daripada amanah organisasi 11. Tidak tahu, namun apabila diajar tidak diendah 12. Sikap degil "aku lebih tua, maka aku lebih tahu!!" Kalau jumpa mereka, jangan berjalan pergi, namun BERLARILAH tinggalkan mereka.."

Kata-kata beliau sgt terkesan lah, itulah kata-kata seorang pemimpin yg disegani dalam kalangan rakyat IPBA abg Asnawi Romly, YDP JPP IPGKBA SESI 2013/2014. Ambil yang keruh buang yang jernih, perkara tu yg kami amat titik beratkan dalam JPP, yg elok kite same2 praktikkan yang xberapa elok tu same2 kita buangkan jauh2..

Akhir kalam, 
Sabda Rasulullah saw :“setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai apa yang dipimpinnya”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

*Semoga kita dapat jalankan tanggungjawab yang diberi sebaik mungkin kerana amanah itu akan dipertanggung jawabkan di Akhirat kelak..  

No comments:

Post a Comment