Monday 30 December 2013

JPP OH JPP! PART 3..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

JPP OH JPP! Part 3 ni pula, ana teringin nak cerita kat korang aktiviti-aktiviti yg kami, team JPP ni dah buat sepanjang setahun bersama dalam team ni. Banyak sangat program yang kitorang da rangkakan bermula dari awal tahun lg. Alhamdulillah, kebanyakan program yg kitorg jalankan berjalan dengan lancar skali. Haa, kat bawah ni lah antara program yg kitorg team JPP ni dah laksanakan.. banyak sangat2 kan.. sampai kitorg pun xde masa untuk diri sendiri. actually, at the same time, kesibukan sebenarnya telah mengajar kita untuk lebih menghargai masa. Memang sejak jd JPP ni, semua assignment Homework pasti akan disiapkan awal2 lagi, sebab kita jadi sedar kalau xbuat dalam waktu terluang yg ada pasti xsiap punye esaimen tu. so, sesibuk mane pun kita, pandai2 lah bagi masa kan. 'TIME IS GOLDEN' right?? Lagi satu, the most important is, tanggungjawab kita pada Allah swt. sesibuk mana pun kita, jgn pernah kita abaikan tanggungjawab kita pada Allah swt. Al-Quran jgn ditinggalkan walaupun sesibuk mana pun kita. Solat juga. Pemimpin yg baik ialah pemimpin yg dekat dgn Allah, apabila dekat dgn Allah barulah dekat di hati orang yg dipimpin. betul x apa yg ana cakap ni? hehe.. pnjg lebar pula ceramahnye.. jom, kite seloka aktiviti - aktiviti JPP kami.. 

Berikut merupakan senarai program/aktiviti JPP:-

1) Majlis Watikah Pelantikan JPP
2) Fun With English
3) Hari Aktiviti JPP
4) Pelancaran Laman Web JPP
5) Konvokesyen PISMP ke 3
6) Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Jun 2013
7) Sambutan Hari Guru
8 ) Majlis Persaraan Pengarah
9) Kempen Hijab I`m In Love
10) JPP with Australian Delegations
11) JPP with Korean Students (program di UM, Melaka, Batu Caves)
12) Majlis Persaraan Timbalan Pengarah
13) Sambutan Kemerdekaan IPG KBA
14) Malam Gala JPP
15) Majlis Penutupan Minggu Integriti
16) Malam Merdeka Raya 2013
17) Mini karnival Keusahawanan
18) Lawatan Sambil Belajar ke Sabah
19) Minggu Kesenian Islam 2013
20) Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013
21) Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar 2013
22) JPP`s BBQ Nite
23) Konvokesyen November 2013
24) Gambar2 sambutan harijadi ahli JPP.

Watikah Pelantikan JPP IPGKBA bagi sesi 2013/2014.



Sambutan Hari Jadi adik beradik JPP; abg Syed Abdul Hakim :)





Hari Aktiviti bersama adik-beradik JPP.



Kem Birotatanegara JPP at Langkawi.

Malam Gala JPP bersama delegasi Korea.

Majlis Cukur Jambul Penasihat JPP IPGKBA, Datin Junainah.

Majlis berbuka puasa bersama Hep dan k.Zara (mantan pekerja HEP)
JPP IPG KBA bertugas sebagai AJK protokol semasa konvokesyen IPGM Mei 2013

Malam jamuan santai JPP untuk akhir tahun 2013.


JPP IPGKBA bertugas sebagai AJK Protokol pada Konvokesyen IPGKPM November 2013.


Sambutan Hari Jadi YDP JPP IPGKBA, Abg Asnawi Romly dekat Hotel Plaza, KL.

JPP IPG KBA semasa menjadi jemputan wakil semenanjung ke Kem Kepimpinan JPP Zon Sabah, di Kundasang.



Banyakkan program kitorang. walaupun sepanjang tahun kitorg busy, tp xpernah pun kitorg merungut. Itulah yg specialnye team JPP kitorg, tgh2 exam pun masih cbuk menggalas tugasan pemimpin.. inilah sebenarnya cabaran seorang pemimpin.
haa, yg ni ana quote dari kata-kata ketua pemimpin dalam team JPP kami, iaitu saudara Asnawi Romly.
Antara kata-kata beliau yg xkan pernah kami adk beradik JPP lupakan ialah, 


"Bertahun-tahun di dalam JPP, terlibat pula dengan pelbagai pengurusan lain, sememangnya yang paling menghalang adalah manusia berfikiran negatif. 1. Meletakkan masalah dihadapan bukannya peluang. 2. Tidak menepati waktu 3. Menganggap keputusan mesyuarat tidak penting 4. Tidak menghormati dan tidak mematuhi arahan pemimpin 5. Sentiasa beralasan dan mengelak kerja 6. Tidak boleh menerima teguran dengan terbuka 7. Suka menjaga hati individu tertentu daripada kredibiliti program 8. Diam bila ditanya pendapat, namun mengkritik di belakang. 9. Mendedahkan maklumat rahsia organisasi 10. Mengutamakan hal peribadi daripada amanah organisasi 11. Tidak tahu, namun apabila diajar tidak diendah 12. Sikap degil "aku lebih tua, maka aku lebih tahu!!" Kalau jumpa mereka, jangan berjalan pergi, namun BERLARILAH tinggalkan mereka.."

Kata-kata beliau sgt terkesan lah, itulah kata-kata seorang pemimpin yg disegani dalam kalangan rakyat IPBA abg Asnawi Romly, YDP JPP IPGKBA SESI 2013/2014. Ambil yang keruh buang yang jernih, perkara tu yg kami amat titik beratkan dalam JPP, yg elok kite same2 praktikkan yang xberapa elok tu same2 kita buangkan jauh2..

Akhir kalam, 
Sabda Rasulullah saw :“setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai apa yang dipimpinnya”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

*Semoga kita dapat jalankan tanggungjawab yang diberi sebaik mungkin kerana amanah itu akan dipertanggung jawabkan di Akhirat kelak..  

Kesalahan Semasa Solat Tanpa Kita Sedari

Jom kita hayati sekejap, kot2 terdapat salah silap dalam solat kita sehari harian.. ingat! jika terdapat kesilapan, xsempurna solat kita taw..
"Solat itu tiang agama, kalau xmendirikan solat, runtuhlah agama kita.."
      Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah…

  • Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri    
 

  • Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

  • Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

    
  • Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)

  • Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
  • Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
  • Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  • Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
  • Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
  •  Dada berpaling dari kiblat

Saturday 28 December 2013

JPP OH JPP!! PART 2..



Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,
haa, buat bloggers sekalian, dek krna da lama menyepi tanpa berita, today, cek nak cito pulok kt hang pa tentang adik-brdk kami dlm team JPP IPGKBA ni.. kitorg ade boleh tahan byk jgk la biro termsk ahli Majlis Tertinggi hingga lah ke ahli Majlis Mesyuarat..

Ni antara biro-biro yg memegang saf kepimpinan team JPP IPG KBA 2013/2014... hensem2 dan cantik2 jelita abg2 dan kakak JPP ni sebenarnya, patutla diorg ni jd gilaan dalam kalangan students kt sini.. abg2 geng surau pun ade dlm JPP ni, patutla kan dak2 pmpuan semua pakat dok usya2 cari calon suami la ktekan dalam team JPP ni...tuttt! tutup crita.. hihi..jom kita selongkar sorg2 adik-brdk JPP kami ni..


Ni Ahli Majlis Tertinggi, ketua2 kitorg la ni.. dari  kiri abg Hanif summer, dia ni pendiam ckit, susah nk tgk dia gelak.. tapi sekali dia senyum.. wah!! pengsan hbs pmpuan2 kt luar sana..caiyak laa.. next, kak Nisa yg comel lote, peramah orgnye.. pemenang anugarah gadis JPP paling ayu, no wonder la kan.. haa, yang seterusnya pula faiz rosli aka be'er, yg ni orgnye xbrape kurus, xbrapa bsr.. kte org sederhana tu handsome.. eh2, yeke ba'ang?haha.. orangnya kalau dibawak msk raja lawak konfem menang punye, tp kalau time buat kerja memang kemah keming.. jgn ditegur.. mak aihh, garang kottt! yg sblh dia plak nmenye makcik nawi.. opss, abg asnawi Romly laa..YDP IPBA yg memg gah lah, kat mane2 pum org salute kt dia, pemimpin yg dikagumi.. katenye nk jd cikgu besar nnti.. ade gaya dah tu... hehe... next is kak fai .. awek dari Sabah negeri bawah bayu, cute2 gitu baa orgnye.. ayu keibuan plak tu, untung sape dpt kn... hehe.. last skali kak ceti kita kak ain moore, masuk awal bulan je konfem kena sound "yuran, yuran sapa endak bayar lagi bah,".. hehe, jgn marah k.ain.. :D .. oppss,, tertinggal sorg laki, dek krna dia xde dlm gmbr, xsemestinya kite xcte pasal dia kn.. sorg laki pemimpin tertinggi kami merangkap setiausaha agung ialah abg Syazwan.. dia ni segak2 gitu.. tapi pendiam jgk orgnya.. tu kalau xbuka mulut.. sekali bukak mak aihh, xreti nk diam pulak org tua ni..hehe.. ape pun semasa buat kerja dia memg berkaliber.. blh kasi tabik jugak la kt mamat sorg ni kn.. huhu
Ni la ak ngn ketua exco ak, abg ajmal ashburn.. tu nme glamour dio.. sgt terkenal dkt IPBA, muka garang tp sbnrnye sweeettt gile.. rugi sapa xkenal dia.. huhu.. jgn perasan la ye abg aj..hemo3
Abg yg kulit cerah ckit ni nmenye danny.. bakal YDP ktekn, fuhhh, sgt komited dlm buat kerja, memg tabik spring laa.. suara pun sedap, bagus buat calon menantu ni.. heh3.. abg yg sebelah ni, kulit hitam manis tu memg aset dia.. ramai peminat juga zmn muda mudi dulu.. skrg ni xtaw la ade lg x.. da insaf kot.. bakal Imam Muda musim 4 kot.. in shaa Allah :P
Abg macho yg ni pula sorg yg belah kiri tu susah sgt nk tgk dia senyum, tp dlm diam gilaan ramai gegadis ipba rupanya, apa ayt yg dia bacekan..ish3.. meskipun begitu, dlm menjalankan tgs biro keusahawanan ni beliau sgt komited, jualan.. jualan.. jualan xkn luput dlm kamus hidup beliau.. yg abg sorg lg ni pun same juga, gi mana2 pun ramai yg jtuh hati, pandai mengayat la katekan.. tp kalau  bab duit, uishh, jgn main2, tetap berniaga utk negara katanya... haha

Mat zul awe klate ni memg jaguh sukan, no wonder la jd biro sukan, same la ngn kakak kita rafiqa sorg ni, atlit muslimah yg satu2 nya bertudung labuh di Ipba.. i respect u laa.. bravo!

dari kiri ni abg edwin chabo, nampak mcm perkasa gitu kn, tapi dia ni guru tari you know... hebat sgt tarian hsl koreograf beliau.. hurm, boleh tahan.. mne thu kot2 nnti boleh jd penari latar kn... keep it up! next to him, abg jad kita, dia ni gila lensa, pantang nmpk kamera je suh amik gambar dia, hensem sgt ke jah... haha.. jgn mare ye bang jad..kidding2 je..

Mat kuwe ni pom awe klate jugok, baguih la jd ketua biro kerohanian ni, ade gaya doh, cuma... ehm, tu laa nnti kite crita lain kali eh..hehe..  naib exco dia la kak putri yg comel lote ni.. dgr2 crita da dirisik org, aih, awat nk pi crita kat cni.. hehe.. sory awak..
Ha, ni pula satu-satunya biro yg hanye diduduki oleh kaum wanita shja.. hehe.. gambar dr kiri ni kak farah kita, dia ni  muslimah besi, tgk je mcm ayu gile, tapi geng silat ni bro.. jgn main2, skali bka langkah, abis kau kiah.. ketua dia plk kak alin, comel lote orgnye, dgr kata makin slim.. uh, jelesnye,, pandai jgn badan ye..
haa, yg ni pun antara biro special sbb dia sorg je dlm biro ni.. kdg2 ak kesian jgk kt mamat ni..alone la ktekn.. ape yg special nya dia rajin sgt.. sume biro dia pi tlg.. bgus bantu menbantu amalan mulia.. tapi xpe, ko ramai pembantu kn.. org kedah ni dgr2 crita suka awek klantan, boleh caya ke?heh3.. ce cite ce cite sape thu... 
Kak Juju dan adk Ismeth yg dari jauh nampak pendiam je, bila muka mulut... uishhh, dahsyaaattttt! tp Juju ni bila buat kerja jgn dikacau, nak mkn penampor ke kitak.. haha
Yushamri aka abg cina kita ni macm tu la dia, senyap.. penuh misteri.. tapi diam-diam ubi berisi, ketuanya Kak Yaya, mak oiii garangnye.. skali buka mulut semua ketar lutut, pndai cakap korea ni baa.. untung kau jah... haha 
Syed oh syed, xtaw nk ckp ape pasal kau, byk sgt kna tulis, yg pasti kau memg jd gilaan di klgn bdk Indian. ak pun heran, nk jd mr. Visali kn.. eh2.. hehe... abg chinese kite ni namenye Ken, very sweet and handsome, sgt berpribadi orgnye.. untg awek cina mne dpt dia.. sgt religious plak tu.. huk3

Kenangan masa fasa perkenalan antara ahli-ahli JPP, time ni sesi fotografi selepas Pelantikan Watikah Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG KBA '13/14