بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Aku juga pernah seperti kamu.
Yang dulunya hanya gadis biasa.
Bilamana.
Tudung biasa menjadi pilihan.
Sinsing lengan tanpa alasan.
Handsock dan stokin hanya dalam simpanan.
Auratku tidak pernah ku hiraukan.
Maruah wanita yang patutku jaga ku tolak ketepi.
Sampai satu saat aku terfikir.
Allah cinta padaku.
Rasulullah kasih padaku.
Sehingga menjadikan aku perhiasan dunia.
Aku juga di beri kuasa menjadi bidadari di syurga.
Tapi
Apa balasan cinta yang ku balas kepada pencipta ?
Apa tanda yang aku kata aku kasih pada baginda ?
Sedangkan syurga yang ku dambakan.
Kejamnya aku.... Allahu..... di situ bermulanya hijrahku.
Tudung labuh yang tersarung di kepalaku bukan pengukur hebatnya diriku.
Aku cuma ingin melindungi auratku dari mata buas sang ajnabi
Aku ingin menjaga maruah aku dan keluarga.
Maruah agama yang ku cinta.
Aku ta mahu kerana aku.
Abah dan adik lelakiku menjadi mangsa bahan api neraka.
Wahai wanita akhirul zaman.
Cukuplah tu menjadi pujaan ramai lelaki.
Sedangkan akhirnya kau hanya dimiliki oleh seorang suami.
Wahai wanita perhiasan dunia.
Tidakkah kau tahu dirimu sungguh mempersona.
Dipandangan ajnabi kau terlihat indah.
Jagalah auratmu agar terpelihara.
Mencerminkan dirimu wanita muslimah.
Wahai wanita bidadari syurga.
Tidakkah kau tahu maruahmu itu cerminan agama.
Jangan kau murah sehingga tergadai segala maruah.
Nanti kau sendiri yang merana tak sudah.
Pelihara maruahmu untuk di beri pada yang layak.
Yang akan memimpinmu ke syurga Allah...
-SAA-
No comments:
Post a Comment