Saturday, 28 March 2015

Sebelum aku bertudung labuh..



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ



Sebelum bertudung labuh.
Aku juga pernah seperti kamu.
Yang dulunya hanya gadis biasa.
Bilamana.
Tudung biasa menjadi pilihan.
Sinsing lengan tanpa alasan.
Handsock dan stokin hanya dalam simpanan.
Auratku tidak pernah ku hiraukan.
Maruah wanita yang patutku jaga ku tolak ketepi.
Sampai satu saat aku terfikir.
Allah cinta padaku.
Rasulullah kasih padaku.
Sehingga menjadikan aku perhiasan dunia.
Aku juga di beri kuasa menjadi bidadari di syurga.
Tapi
Apa balasan cinta yang ku balas kepada pencipta ?
Apa tanda yang aku kata aku kasih pada baginda ?
Sedangkan syurga yang ku dambakan.
Kejamnya aku.... Allahu..... di situ bermulanya hijrahku.
Tudung labuh yang tersarung di kepalaku bukan pengukur hebatnya diriku.
Aku cuma ingin melindungi auratku dari mata buas sang ajnabi
Aku ingin menjaga maruah aku dan keluarga.
Maruah agama yang ku cinta.
Aku ta mahu kerana aku.
Abah dan adik lelakiku menjadi mangsa bahan api neraka.
Wahai wanita akhirul zaman.
Cukuplah tu menjadi pujaan ramai lelaki.
Sedangkan akhirnya kau hanya dimiliki oleh seorang suami.
Wahai wanita perhiasan dunia.
Tidakkah kau tahu dirimu sungguh mempersona.
Dipandangan ajnabi kau terlihat indah.
Jagalah auratmu agar terpelihara.
Mencerminkan dirimu wanita muslimah.
Wahai wanita bidadari syurga.
Tidakkah kau tahu maruahmu itu cerminan agama.
Jangan kau murah sehingga tergadai segala maruah.
Nanti kau sendiri yang merana tak sudah.
Pelihara maruahmu untuk di beri pada yang layak.
Yang akan memimpinmu ke syurga Allah...

-SAA-

Wednesday, 1 January 2014

Sahabat untuk Selamanya.. ♥ (◕‿~) ♥

Dalam sebuah pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, perpisahan yang sangat indah adalah ketika kita bergenggam tangan, dan berjanji, "Kita untuk selamanya kawan, walaupun jarak menjauh, waktu memisahkan kita, namun dirimu akan tetap terkenang dalam sanubariku".
Ni Izzati Jasni. Dia selalu ada bila i ada masalah. Bila i negatif, dialah yg mempositifkan diri ini.. sometime ak geram jugak kt dia, sebab all the time positif je.. hee. ape pun, ak suka part positif tu, boleh dijadikan ikutan.. nnti anak2 i nak suruh ikut perangai positif makcik izzati ni.. very good! Slain tu, Izzati ni pun pandai melawak.. duduk ngn dia konfem xkering gusi..hanya Tuhan yg thu betapa i sayang dia. Diasgt memahami saya. sayam awak sangat2 ati. .
   Berjalanlah pada pintu dimana kau memulai pertemanan, lalu ukirlah tentang jiwanya agar engkau bisa mengerti, bahwa setiap manusia memiliki karakter berbeda namun menerimanya dengan ikhlas adalah keanggunan yang tiada duanya.



Kawan ak yg ni name di Faiza Amira, ak panggil dia dgn name plg manje, iaitu Jaja.. dia ex-roomate ak masa di foundation dulu.. ak xtahu la nk cite dari mana dulu tentg dia ni, kami ni suka gaduh, well, for ur info, Jaja ni suka merajuk, ak plak garang2 ckit, tapi garang2 manje la gitu.. hehe. whatever it is ak tetap sayang gile kat dia, ukhuwah fillah sampai syurga katekan.. part yg ak plg suka kwn ngn dia is, she is very good listener, ak cite ape je kat dia mesti layan je, faham2 la kn ak ni mulut byk ckit, tapi JAJA TABAH JE LAYAN AKU.. so sweeetttt kn.. love u Jaja <3

Teman itu seperti bintang Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati, Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan menghapusnya.
Haa,  ni pula kawan ak yg paling kecoh sekali.. Nme dia Nurul Ain Izzati, dia ni minat sgt ct nur haliza, barang2 dia sampai ke pencuci muka pun guna produk siti, memg peminat fanatik laa.. lagi satu dia geng budak kelas elektif sains ak.. minat sgt buat experiment, time tu dia la yg paling excited dalam kelas, so do as I. dlm kelas dia suka sgt jd pemimpin.. semua mesti dia nk lead, yg tu part yg aku kagum.. a leader today is a leader for tomorrow right? kau mesti dpt jd teacher yg baikkn Ain.. ape pun awk tetap kawan i yg terbest la dekat IPBA ni.. tqvm for sudi melayan karenah ak yg ntah pape ni kn.. saranghe yo Oppa!! :P

Sahabat itu seperti bulan dan bintang, dia memang tidak selalu terlihat. Tapi dia selalu ada untukmu.
Ni la kawan ak yg same kampung, name dia Farah Syazwani, iaitu geng orang machang ak juga. Dia ni kwn yg sgt special bagi ak.. yg slalu mendidik ak, bagi nasihat, tegur salah silap ak.. yg penting kawan yg sgt memahami ak dan know deeply who I am. Not everyone know me that deep. Dia juga rakan seperjuangan ak merangkap usrah-mates. Sentiasa bersama  ak dalam susah senang. Kami ni suka gaduh sebenarnya. Hehe. tapi gaduh2 manjakan.. sedangkan lidah lagi tergigit apatah lg hubungan persahabatan camni. prinsip kami, 'sentiasa berlapang dada saling menerima kekurangan dan kelebihan masing2'. Sweeettt gituu kn.. Semoga ukhuwah yg terbina berkekalan hingga syurga..

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Skrg nak cite plak tentg kawan yg ak kenali melalui alam maya. Name dia Farhana. Sape cakap kwn facebook ni xke mane. Kitorg boleh jadi rapat mcm ni krn Allah juga yg menemukan kami. Dia sweett. Pandai jaga hati ak. Yg specialnye, dia ni anak cikgu aku, iaitu antr cikgu yg ak syg zmn sklh2 dulu. how amazing kn! like daughter like mother! :*

Janganlah berjalan di belakangku, karena mungkin aku tak bisa memimpinmu. Jangan pula berjalan di depanku, mungkin aku tak bisa mengikutimu. Berjalanlah di sampingku dan jadilah sahabatku.
Dia sahabat ak yg bernama Farah Adiba, kitorang masa first kenal tahun 2011 terus jadi kamcing. Dia ni budak kos bahasa perancis. and now, dia berada dekat France for 3 years. lmbtnye dia nak balik. Dia ni juga kwn yg suka bg kata2 nasihat yg sweett2.. juga sahabat sesyurga ak. in shaa Allah. Uhibbuki fillah abdan abada.

Percayalah, bukan pengkhianatan yang akan mengakhirkan kita, namun pertemanan abadi yang akan menemani kita hingga akhir hayat.
With my lovely Azzra, or known as Buya, she is the most strong character among my friends. Dia ni sgt rajin, cantik, paling punctual, sifat2 yg comel2 tu semua dia ada. Dia sgt tabah. Tapi dia sgt sensitif. so watch out! jgn kasar2 ye ngn buya saya ni.. sayang ngat kt yaa. hari tu dia kena admit, i bagi bantal pelok kat dia yg comel gile gmbr katak ijau gitu, and she's very happy with that. When she's happy, i lagi la happy kan.. suka tgk kwn kite gembire walaupn kita sdg bersedih... cewaahhh, hehe.. tht's all from buyaa.. sayam awok sgt2 jgk taw.

Aku mudah marah seperti squidward, kadang aku juga Egois seperti Tuan Krab, kadang aku tolol seperti Patrick. Tapi aku akan selalu ada untukmu seperti Spongebob.





Monday, 30 December 2013

JPP OH JPP! PART 3..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

JPP OH JPP! Part 3 ni pula, ana teringin nak cerita kat korang aktiviti-aktiviti yg kami, team JPP ni dah buat sepanjang setahun bersama dalam team ni. Banyak sangat program yang kitorang da rangkakan bermula dari awal tahun lg. Alhamdulillah, kebanyakan program yg kitorg jalankan berjalan dengan lancar skali. Haa, kat bawah ni lah antara program yg kitorg team JPP ni dah laksanakan.. banyak sangat2 kan.. sampai kitorg pun xde masa untuk diri sendiri. actually, at the same time, kesibukan sebenarnya telah mengajar kita untuk lebih menghargai masa. Memang sejak jd JPP ni, semua assignment Homework pasti akan disiapkan awal2 lagi, sebab kita jadi sedar kalau xbuat dalam waktu terluang yg ada pasti xsiap punye esaimen tu. so, sesibuk mane pun kita, pandai2 lah bagi masa kan. 'TIME IS GOLDEN' right?? Lagi satu, the most important is, tanggungjawab kita pada Allah swt. sesibuk mana pun kita, jgn pernah kita abaikan tanggungjawab kita pada Allah swt. Al-Quran jgn ditinggalkan walaupun sesibuk mana pun kita. Solat juga. Pemimpin yg baik ialah pemimpin yg dekat dgn Allah, apabila dekat dgn Allah barulah dekat di hati orang yg dipimpin. betul x apa yg ana cakap ni? hehe.. pnjg lebar pula ceramahnye.. jom, kite seloka aktiviti - aktiviti JPP kami.. 

Berikut merupakan senarai program/aktiviti JPP:-

1) Majlis Watikah Pelantikan JPP
2) Fun With English
3) Hari Aktiviti JPP
4) Pelancaran Laman Web JPP
5) Konvokesyen PISMP ke 3
6) Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Jun 2013
7) Sambutan Hari Guru
8 ) Majlis Persaraan Pengarah
9) Kempen Hijab I`m In Love
10) JPP with Australian Delegations
11) JPP with Korean Students (program di UM, Melaka, Batu Caves)
12) Majlis Persaraan Timbalan Pengarah
13) Sambutan Kemerdekaan IPG KBA
14) Malam Gala JPP
15) Majlis Penutupan Minggu Integriti
16) Malam Merdeka Raya 2013
17) Mini karnival Keusahawanan
18) Lawatan Sambil Belajar ke Sabah
19) Minggu Kesenian Islam 2013
20) Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013
21) Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar 2013
22) JPP`s BBQ Nite
23) Konvokesyen November 2013
24) Gambar2 sambutan harijadi ahli JPP.

Watikah Pelantikan JPP IPGKBA bagi sesi 2013/2014.



Sambutan Hari Jadi adik beradik JPP; abg Syed Abdul Hakim :)





Hari Aktiviti bersama adik-beradik JPP.



Kem Birotatanegara JPP at Langkawi.

Malam Gala JPP bersama delegasi Korea.

Majlis Cukur Jambul Penasihat JPP IPGKBA, Datin Junainah.

Majlis berbuka puasa bersama Hep dan k.Zara (mantan pekerja HEP)
JPP IPG KBA bertugas sebagai AJK protokol semasa konvokesyen IPGM Mei 2013

Malam jamuan santai JPP untuk akhir tahun 2013.


JPP IPGKBA bertugas sebagai AJK Protokol pada Konvokesyen IPGKPM November 2013.


Sambutan Hari Jadi YDP JPP IPGKBA, Abg Asnawi Romly dekat Hotel Plaza, KL.

JPP IPG KBA semasa menjadi jemputan wakil semenanjung ke Kem Kepimpinan JPP Zon Sabah, di Kundasang.



Banyakkan program kitorang. walaupun sepanjang tahun kitorg busy, tp xpernah pun kitorg merungut. Itulah yg specialnye team JPP kitorg, tgh2 exam pun masih cbuk menggalas tugasan pemimpin.. inilah sebenarnya cabaran seorang pemimpin.
haa, yg ni ana quote dari kata-kata ketua pemimpin dalam team JPP kami, iaitu saudara Asnawi Romly.
Antara kata-kata beliau yg xkan pernah kami adk beradik JPP lupakan ialah, 


"Bertahun-tahun di dalam JPP, terlibat pula dengan pelbagai pengurusan lain, sememangnya yang paling menghalang adalah manusia berfikiran negatif. 1. Meletakkan masalah dihadapan bukannya peluang. 2. Tidak menepati waktu 3. Menganggap keputusan mesyuarat tidak penting 4. Tidak menghormati dan tidak mematuhi arahan pemimpin 5. Sentiasa beralasan dan mengelak kerja 6. Tidak boleh menerima teguran dengan terbuka 7. Suka menjaga hati individu tertentu daripada kredibiliti program 8. Diam bila ditanya pendapat, namun mengkritik di belakang. 9. Mendedahkan maklumat rahsia organisasi 10. Mengutamakan hal peribadi daripada amanah organisasi 11. Tidak tahu, namun apabila diajar tidak diendah 12. Sikap degil "aku lebih tua, maka aku lebih tahu!!" Kalau jumpa mereka, jangan berjalan pergi, namun BERLARILAH tinggalkan mereka.."

Kata-kata beliau sgt terkesan lah, itulah kata-kata seorang pemimpin yg disegani dalam kalangan rakyat IPBA abg Asnawi Romly, YDP JPP IPGKBA SESI 2013/2014. Ambil yang keruh buang yang jernih, perkara tu yg kami amat titik beratkan dalam JPP, yg elok kite same2 praktikkan yang xberapa elok tu same2 kita buangkan jauh2..

Akhir kalam, 
Sabda Rasulullah saw :“setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai apa yang dipimpinnya”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

*Semoga kita dapat jalankan tanggungjawab yang diberi sebaik mungkin kerana amanah itu akan dipertanggung jawabkan di Akhirat kelak..  

Kesalahan Semasa Solat Tanpa Kita Sedari

Jom kita hayati sekejap, kot2 terdapat salah silap dalam solat kita sehari harian.. ingat! jika terdapat kesilapan, xsempurna solat kita taw..
"Solat itu tiang agama, kalau xmendirikan solat, runtuhlah agama kita.."
      Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah…

  • Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri    
 

  • Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

  • Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

    
  • Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)

  • Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
  • Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
  • Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  • Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
  • Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
  •  Dada berpaling dari kiblat