SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah
Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali,
Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insya’Allah akan aman
tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah
ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya
dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan
Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat
5 waktu.
SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah
s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah
Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin,
nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an
seluruhnya.
(Hadis riwayat At-Tarmizi
dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di
dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan
pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari
kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap
keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan.
Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya
Allah akan mengampunkan dosanya.
(Hadis riwayat Malik,
Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan
terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
SURAH AL-WAQIAH
Menurut beberapa hadis
Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada
tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang
membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah
akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak,
ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali
dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum.
Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga
kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah
menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan
mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
SURAH AL-KAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan
membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan
hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali
juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat
Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
SURAH AL-KHAFIRUN
Sesiapa yang membaca
Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an,
disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari
peristiwa yang mengejutkan
(Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan
kotoran dalam diri kita.
SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari
Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi
sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w.,
mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan
keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah,
akan terselamat dari azab kubur.
SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti
Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an
sebanyak 30 juzuk itu.”
Apabila mendengar
kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu
menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah
khatam Al-Qur’an keseluruhannya.
Dari Rasulullah s.a.w..
pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir,
kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11
kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi
menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas.
Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas,
maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang
sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan :
“Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda
membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada
kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena
penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari
berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut
dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah
yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas
yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia.
Surah ini termasuk dalam
golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon
perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan
manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati